Selamat Datang Ke Laman DePNC

rss

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 19, 2010

SEJARAH DePNC UDM


PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA mula diperkenalkan di Universiti Darul Iman Malaysia pada tahun 2007 bagi sesi 2007/2008. Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UDM Kali-1 merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008, Kelab Orator UDM serta Pusat Penataran Ilmu dan Kali Ke-2 program ini menjadi anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UDM sesi 2008/2009 dengan kerjasama Kelab Orator UDM dengan mempertandingkan 2 kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris. Pertandingan ini dijadikan program tahunan universiti dan merupakan salah satu program terbesar yang dijalankan di Universiti Darul Iman Malaysia. Setiap fakulti pengajian di UDM akan menghantar kumpulan yang mewakili fakulti masing-masing. Tema Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UDM Kali-1 ialah “DEBAT MENJANA KEMAHIRAN INSANIAH MAHASISWA INTELEKTUAL”dan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UDM Kali Ke-2 iaitu “DEBAT MEMACU KELANGSUNGAN INTEGRITI MAHASISWA”. Pertandingan ini bertujuan melahirkan mahasiswa yang berfikiran minda kelas pertama berfikir secara kreatif dan kritis serta mengcunhkil bakat-bakat baru dalam dunia debat yang bakal menjadi pelapis mewakili universiti dalam mana-mana pertandingan debat antara IPT.


OBJEKTIF DePNC UDM

Ø Melahirkan mahasiswa/wi yang berfikiran minda kelas pertama yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis

Ø Mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia debat yang bakal menjadi pelapis untuk mewakili universiti dalam mana-mana pertandingan debat antara IPT

Ø Memupuk pelajar Universiti Darul Iman Malaysia untuk terus aktif dalam bidang ko-kurikulum yang akan meningkatkan pembangunan diri mereka sebagai mahasiswa/wi

Ø Mewujudkan percambahan idea diantara pelajar-pelajar dalam mengupas isu semasa yang berlaku dalam negara mahupun luar Negara

Ø Meransang perubahan bagi setiap mahasiswa/wi yang mampu berdebat dan berucap dengan penuh keyakinan


KEPUTUSAN PERTANDINGAN DePNC UDM


DePNC UDM Kali-1 :

KATEGORI BAHASA MELAYU

JOHAN

Fakulti Kontemporari Islam (FKI)

NAIB JOHAN

Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA)

DePNC UDM Kali Ke-2 :

KATEGORI BAHASA MELAYU

JOHAN

Fakulti Kontemporari Islam (FKI)

NAIB JOHAN

Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA)

KATEGORI BAHASA INGGERIS

JOHAN

Fakulti Bahasa & Komunikasi (PBK) A

NAIB JOHAN

Fakulti Bahasa & Komunikasi (PBK) B